FREE GIFT IF PURCHASE MORE THAN RM100

6 TIPS MUDAH UNTUK BEZAKAN PERFUME ORIGINAL DAN PERFUME FAKE

Posted by fariza on Wednesday 27 February 2019

Sekarang terlalu ramai orang menjual perfume secara online.

Bagusla sebab ia  menunjukkan demand yang orang membeli perfume online adalah tinggi.

Tetapi yang tak bestnya apabila seller perfume menjual perfume yang TAK original, perfume grade AA dan perfume reject ( unbox) TAPI claimed yang perfume nya original.

Ramai yang tertipu dan saya salah seorang peniaga perfume pun terasa kesannya.

Tak baik tau jual yang tak original but claimed ori.;perfume sephora la , from dubai la but sebenarnya from GM klang.

Bagitahu jer perkara yang sebenarnya sebab mungkin ada juga customer yang tak kisah original ke tak.

Maybe yang nak saved budget ke atau memang tak kisah .


So saya rasa terpanggil untuk share


Tips-tips untuk mengesan perfume yang original atau perfume tipu ( fake)

1) Harga

Jika harga jauh terlalu murah daripada harga pasaran, sah-sah la perfume tu tak original yer. Ni perkara paling senang nak tahu.Ikut logik fikiran, mana ada perfume original jual RM60 shj untuk 100ml.Perfume-perfume brand mahal tak kan tak nak untung.Jika harga RM60, agak2 kosnya berapa.Perfume murah ni mostly ambil daripada china .China kan suka tiru barang2 branded.

Other tips- perfume chanel , dior ( brand mahal) x kan jumpa harga 100ml bawah RM150 yer.Beli kat oversea pun still mahal lagi.


2) Kualiti packaging/perfume bottle

Tengok pada tulisan di kotak dan botol perfume nya.

If tak original, packaging nampak murah.

Perfume original bottle perfumenya bersih, solid dan takde calar-calar macam perfume reject.

Jom kita buat analisa perfume di gambar ni:

Mana satu yang original?

Dior Cherie sudah tidak wujud .Dior dah rebrand kepada Miss Dior shajaha

 

 

Mana satu original dan fake?

Tgk pada tulisannya, color perfume, bentuk penutupnya..

Sama tapi tak serupa kan..

Yang original lebih kemas bentuk, tulisan kemas dan warna perfumenya

Kadangkala yang fake perfume ni tersalah ejaan pun ada..

Tulisan pada perfume original tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai


3) Bau perfume

Perfume fake sudah pastinya bau x lasting dan baunya sama sahaja

Bau perfume original mempunya 3 peringkat iaitu top notes, middle notes dan base notes

Sebab tu bila kita pakai perfume original , ada baunya lebih lama lebih sedap.

Jika fake perfume bau perfume sama sahaja..bau alkohol kuat..memang boleh pening kepala

Jika perfume murah, maka bahan2 kandungannya pun yang murah dan boleh menyebabkan alahan pada kulit yang sensitif


4) Perfume fake semua yang dijual 100ml sahaja walaupun sesetengan perfume di market macam Armani Code men paling besar 75ml shj (original) .Memang tak ada 100ml.Jadi sah-sah  la perfume tipu


5) Goncang perfume dan tengok buihnya

Jika perfume x original, buihnya cepat hilang dan keluar buih yg besar kerana ia bercampur dengan air

Perfume original ada buih2 kecil bila digoncang



6) Check perfume code/ batch code di checkfresh.com

Kalau nak check manufacture date perfume boleh tgk kat sini  http://www.checkfresh.com/
Boleh masukkan number batch code yang ada pada perfume atau kotak perfume.
Kalau tak boleh trace tu , nampaknya you all dah terbeli perfume fake perfume la ye...

 

 

If you all dah terbeli perfume dan tak dapat pastikan juga original ke tiruan, bawa je perfume tu dan compare sendiri dekat shopping mall (kaunter perfume ).Perfume mestilah sama dari segi packagingnya dan botol perfume


Anyway itu pilihan masing-masing.ada yang tak  kisah beli perfume imitation but as seller, if perfume tu reject or fake punya inform la dengan sejujurnya yer.


If you all ada  TIPS2 lain boleh la comment di bawah ini untuk dikongsi bersama yer.

Boleh SHARE atau tag kenalan anda yang gila perfume.


Nak cari Original Perfume daripada US ( harga lebih rendah daripada pasaran) boleh dapatkannya di www.perfumeberry.com.my . Confirm ORIGINAL!